{VIDEO} Lelaki berang kena ‘skodeng’ kaum sejenis di tandas RnR

Lelaki berang kena ‘skodeng’ kaum sejenis di tandas RnR.

Sejak semalam, tular di media sosial memaparkan seorang lelaki dikatakan kantoi mengintai di tandas lelaki di sebuah hentian Rehat dan Rawat (R&R) Juru, Pulau Pinang.

Dalam video yang dimuat naik laman Facebook, The News Malaysia memaparkan seorang lelaki bersanggul dipercayai sedang mengintip ke dalam sebuah tanda lelaki.

Difahamkan, lelaki yang menjadi mangsa dintai itu mengaku bahawa individu tersebut telah mengetuk pintus tandas semasa dia masih berada di dalam.

Menerusi video berdurasi dua minit satu saat itu memaparkan mangsa yang berang akan perkara itu turut bertindak mengejar suspek sebelum lelaki berkenaan cuba menyelamatkan diri dengan memasuki tandas.

Bimbang pintu tandas ditendang berkali-kali, suspek meminta maaf dan mengakui bahawa dia tidak melakukan apa-apa kesalahan semasa mangsa berada di dalam tandas.

“Abang, saya minta maaf. Saya tak buat apa-apa pun,” katanya berkali-kali.

Bukan itu sahaja, suspek juga dikatakan melarikan diri ke sebuah stesen minyak berdekatan bagi menyelamatkan dirinya namun berjaya ditangkap oleh mangsa.

{VIDEO} Lelaki berang kena 'skodeng' kaum sejenis di tandas RnR
Lelaki berang kena ‘skodeng’ kaum sejenis di tandas RnR

Rata-rata warganet telah meninggalkan pelbagai reaksi berhubung perkongsian tersebut.

Malah, mereka juga menyatakan bahawa orang lelaki pada ketika ini juga boleh menjadi mangsa semasa berada di tandas awam.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*