{VIDEO} Terliur tengok! Gadis masak dalam kereta curi tumpuan

Setiap orang mempunyai hobi yang berbeza sejak kecil lagi

Ada yang suka menyanyi, menari, berlakon atau pun memasak. Tetapi, pernah kah anda melihat orang memasak di dalam kereta?

Seperti gadis ini yang menjadi tular apabila videonya memasak nasi goreng udang di dalam kereta telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

Siap bawa periuk dan peralatan memasak, sempoi masak dalam kereta

Menerusi video yang dimuat naik oleh @saga_latte, kelihatan gadis itu memberhentikan keretanya di tepi jalan.

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila dia mengeluarkan peralatan dan bahan memasak seperti papan pemotong, sayur-sayuran, chopper dan sebagainya untuk menyediakan menu makan tengah harinya.

Hobinya itu agak rare kerana jarang kita lihat orang memasak di dalam kereta. Paling tidak pun, mesti ramai yang camping di tepi jalan atau pantai untuk memasak. Betul tak?

Ikutan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 1.1M views, 64.2K likes dan 3K shares di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pendapat masing-masing mengenainya

Malah, ramai juga yang ingin tahu dan berminat dengan periuk yang digunakan oleh gadis itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*