Bomoh berkepala botak cabul pesakit ketika beri rawatan diheret ke mahkamah

Bomoh berkepala botak cabul pesakit ketika beri rawatan diheret ke mahkamah.

Seorang bomoh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan mencabul pesakitnya ketika memberikan rawatan, Jun lalu.

Zainal Che Omar, 62, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmood.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan mencabul kehormatan seorang wanita berusia 31 tahun.

Warga emas tersebut didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kuarters di daerah ini antara pukul 8 sehingga 8.45 malam pada 26 Jun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK).

Jika sabit kesalahan, Zainal boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana daripada dua hukuman berkenaan.

Sebaik merekodkan pengakuan tidak bersalah itu, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,500 dengan seorang penjamin.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 5 Oktober ini.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aisyah Mohamad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*