{VIDEO} “Terlampau obses…” Lelaki cuba nasib, bawa motor jumpa sami untuk tambah ‘power’

Obses dengan dunia permotoran, seorang lelaki cuba nasib membawa motosikal miliknya berjumpa dengan sami di Thailand untuk dijampi.

Melewati perkongsian di Tiktok, menyaksikan upacara membaca jampi yang dilakukan oleh seorang sami terhadap motosikal tersebut.

Bukan itu sahaja, selain merenjis air suci, sami itu juga menulis sesuatu pada nombor pendaftaran motosikal berkenaan.

Mungkin ada yang beranggapan tindakannya tidak masuk akal, namun disebabkan terlampau obses dan inginkan yang terbaik untuk ‘harta dunia’ nya membuatkan pemuda berkenaan nekad.

Sementara, ruangan komen pula rancak berseloroh mentertawakan tindakannya berbuat demikian.

Adapun begitu, netizen turut dedah jenis agama yang dianuti pemuda berkenaan sekaligus meminta orang ramai agar tidak mempertikai perbuatannya kerana sudah menjadi sebahagian kepercayaan mereka.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*