“Harga ribu riban…” Siti Nurhaliza pakai jam tangan mewah jadi tumpuan pengguna Twitter

Tiada angin tiada ribut, tular pula di media sosial apabila foto penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza didakwa sedang posing sambil mengayakan seutas jam tangan jenama mewah yang dipakainya.

Mencuri tumpuan, pengguna Twitter yang menggunakan akaun @JatIkhwan ada berkongsi perihal jam tangan dikenakan Tok Ti.

Menerusi perkongsian berkenaan, individu tersebut hanya berkongsi serta memaklumkan jam yang dipakai penyanyi lagu Anta Permana itu bukan biasa-biasa, sebaliknya ia jam yang dipenuhi dengan perincian berlian.

Malah, harganya juga didakwa cecah ratusan ribu Dollar US!

Contoh jam model sama dari google.

“Jarang sangat lah Siti Nurhaliza ni flex kekayaan dia tapi sekali dia flex…tercampak stroller ribu riban ke, beg puluh puluh ribu ke.

“Tu kat tangan dia tak silapnya Richard Mille RM07. Ada diamonds. Harga lebih kurang USD 100-150k. Convert lah sendiri ke RM ye?.”

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*