{VIDEO} “Tengok macam tak masuk akal…” Guna mainan rawat pesakit, kaedah perawatan Islam ‘ustaz’ jadi bahan tawa

“Tengok macam tak masuk akal…” Guna mainan rawat pesakit, kaedah perawatan Islam ‘ustaz’ jadi bahan tawa. Meskipun video perawatan Islamnya dicemuh dan dikritik, namun individu ini yang juga dikenali sebagai Ustaz Raffi masih tetap aktif memuat naik video sama, malah makin mendapat sambutan dari kalangan orang ramai.

Berdasarkan kompilasi video di akaun Tiktoknya, memaparkan sesi perubatan yang dikendalikan olehnya dengan menggunakan kaedah perawatan Islam.

Cuma yang membezakan kaedah Ustaz Raffi dengan ustaz yang lain apabila dia menggunakan mainan budak-budak semasa sesi merawat pesakit yang rata-ratanya datang untuk menghalau jin dan membuang saka.

Antara video yang dikongsi, menyaksikan Ustaz Raffi merawat individu menggunakan pistol mainan untuk menghalau makhluk ghaib (jin) yang didapati di dalam tubuh seorang wanita.

Pun begitu, tiasa sebarang mantera atau bacaan yang tidak difahami digunakan oleh Ustaz Raffi.

Dia masih tetap menggunakan ayat suci Al-Quran semasa sesi merawat dari mula hingga selesai dan kebanyakkan yang bertemu dengannya berpuas hati kerana pesakit akan pulang dalam keadaan sembuh.

Ramai akui itu merupakan kaedah pelik yang mereka pernah lihat dan tak kurang juga yang meninggalkan emoji ketawa mengenangkan gelagat lelaki berkenaan.

Lebih menakjubkan, Ustaz Raffi tetap didatangi ramai pihak yang rata-ratanya ingin menggunakan servisnya merawat ahli keluarga ditimpa masalah gangguan walaupun caranya dilihat mungkin tak masuk akal.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*