{VIDEO} “Minta maaf jelah…” Kedai diserbu pihak berkuasa, acik nasi lemak nafi serang peniaga

“Minta maaf jelah…” Kedai diserbu pihak berkuasa, acik nasi lemak nafi serang peniaga. Selepas video makcik nasi lemak menyerang peniaga lain tular, difahamkan premis wanita berkenaan telah didatangi pihak berkuasa pula.

Dalam video tersebut, kedengaran suara makcik terbabit seolah-olah menafikan perbuatannya yang sebelum ini memberi amaran kepada peniaga nasi lemak di kawasannya agar tidak menjual juadah sama lagi.

“Malu acik ni sebab dah viral…tak terlintas langsung deklat acik hati nak bergaduh.”

“Ramai ingat kami ni dengki padahal demi Allah kami tak dengki”

Menerusi rekod suara yang dikongsi, kedengaran perbualan sepasang suami isteri itu dengan pihak berkuasa berhubung isu yang tular.

“Saya tak kisah pun nak niaga cuma janganlah jual benda sama.”

“Benda tu (video) nampak sangat macam saya yang salah tapi saya tak kisah pun sebab saya nak besarkan anak je.”

Walau bagaimanapun, netizen tetap tidak memihak kepada makcik nasi lemak itu dan suaminya kerana lagak kedua-duanya seperti cuba menutup keburukan sendiri.

Selain itu, netizen juga mengakui bahawa penjelasan pasangan itu ‘berbelit’ dan makin tak munasabah yang mana boleh dikatakan amat berbeza dengan apa yang dilakukan oleh mereka sebelum itu.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*