{VIDEO} “Tak tahu tanya..jangan semberono cakap…” Netizen ‘sekolahkan’ akak drebar pasal Shadow Vehicle

PERNAHKAH anda terserempak dengan lori-lori keselamatan atau dikenali sebagai Shadow Vehicle (SV) semasa memandu di sebuah lebuh raya?

Tahukah anda apakah fungsi lori keselamatan dan mengapa kenderaan tersebut diletakkan di atas jalan raya?

Menerusi satu video tular pada Selasa, tindakan seorang wanita mempersoalkan keberadaan lori keselamatan di atas sebuah lebuh raya menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya.

Berdasarkan rakaman berkenaan, kelihatan empat buah lori berbaris dan menggunakan lorong kanan serta tengah.

Kenderaan tersebut dilihat menutup dan menghalang pengguna lebuh raya lain daripada melintasi mereka.

“Boleh siapa-siapa jawabkan apa tujuan benda (SV) ini? Ia selalu ada dekat lebuh raya.

“Aku tak fahamlah, kadang kala ia akan bergerak perlahan-lahan. Apa tujuannya?

“Adakah ia untuk mengawal lalu-lintas atau macam mana? Aku stres kalau benda ini ada, selalu ada banyak, biasa bertiga.

“Habislah mereka kawal jalan itu, apa tujuan mereka sebenarnya? Boleh tolong jawab tak?” soalnya lagi.

Bagaimanapun setakat ini, belum dapat dipastikan tarikh dan lokasi sebenar kejadian.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menjelaskan tentang kewujudan kenderaan berkenaan berserta fungsinya.

Menurut pengguna Facebook dengan nama akaun رادظوان رادذيه, lori keselamatan berfungsi memastikan kawasan jalan raya berada dalam keadaan selamat untuk digunakan.

“Itu kan bahagian keselamatan jalan raya, (misalnya) jika ada aduan di tengah lebuh raya sebagai contoh objek yang boleh membahayakan keselamatan pengguna.

“Sebab itu mereka perlu bergerak secara sekata dan perlahan untuk mengesan dan membersihkan kawasan yang dilaporkan pihak tertentu.

“Yang kau cakap b**** itulah nanti yang akan datang berikan pertolongan jika berlaku kecemasan,” katanya.

Sementara itu, Drifter Sbm pula berkata, ia adalah salah satu prosedur operasi standard (SOP) di atas jalan raya.

“Secara ringkas ini namanya Shadow Vehicle iaitu satu SOP keselamatan dengan tujuan untuk memperlahankan kenderaan pengguna kerana ada kerja-kerja penyelenggaraan di hadapan,” katanya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*