{VIDEO} Suka ‘letup-letup’ tangan? Doktor jelas apa kesan pada jangka masa panjang

Pasti ramai di sini yang suka untuk ‘letup-letupkan’ bunyi pada tulang bukan?

Tak kiralah di bahagian tangan, pinggang, kaki atau sebagainya. Tak dinafikan memang seronok dan puas rasanya dapat letupkan tulang kita ini.

Namun, tahukah anda disebalik kelakuan ini sebenarnya terdapat kesan yang buruk pada diri kita.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang doktor pakar tulang menjelaskan keburukan meletupkan tulang.

Akan beri kesan panjang kemudian hari

Menerusi akaun di TikTok @drzahir.ortho, beliau menjelaskan ramai di antara kita yang suka untuk meletup-letupkan tulang terutama di bahagian jari.

Beliau memberitahu sebenarnya tabiat itu boleh mendatangkan kesan buruk pada masa akan datang.

Turut baca :

“Apakah kesan dia? Apabila kita menggunakan atau menggerakkan sendi itu dalam sudut yang keterlaluan untuk mendapatkan bunyi-bunyian pada peringkat usia yang awal.

“Pada jangka masa yang panjang akhirnya sama juga ia akan menyebabkan wear and tear ataupun kecederaan yang berterusan,” katanya.

Menurutnya, bila di hari tua kelak anda mungkin akan mengalami kejung, kerosakan tulang dan sebagainya termasuklah kesakitan pada keliling sendi yang akan mudah tercedera.

Lihat video penuh itu di bawah:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*