Gara-gara masak ayam tak cukup perasa, isteri parah dicampak dari tingkat 2

SATU kejadian mengejutkan dilaporkan berlaku di Lahore, Pakistan apabila seorang wanita parah selepas dipercayai dicampak jatuh keluar dari tingkat dua rumahnya kerana didakwa tidak memasak ayam dengan betul.

Insiden menakutkan itu yang berlaku pada 9 Mac lalu turut dirakam kamera keselamatan di kawasan perumahan tersebut dan tular di media sosial baru-baru ini.

Dalam video tular berkenaan, seorang kanak-kanak perempuan pada mulanya dilihat berdiri di hadapan rumahnya.

Beberapa saat kemudian, dia dilihat tergesa-gesa menutup pintu rumahnya apabila mendengar satu jeritan daripada arah bangunan bersebelahan.

Tidak lama selepas itu, seorang wanita dilihat terjatuh ke atas tanah dari bahagian atas dengan kedua-dua bahagian kakinya didapati terlebih dahulu mendarat.

Susulan daripada kejadian itu, orang ramai berada berdekatan bergegas membantu mangsa tersebut.

Difahamkan, wanita tersebut mengalami kecederaan parah di kaki dengan dia dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Menurut media Pakistan, kejadian itu berlaku berhampiran Jalan Shalimar di Nonarian Chowk di Lahore pada 9 Mac lalu.

Mangsa yang kemudiannya dikenali sebagai Maryam sudah dimasukkan ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan.

Berdasarkan kenyataan diperolehi daripada mangsa, pegawai polis sudah membuka siasatan terhadap suaminya Shahzad; ibu mertua, Shazia, dan abang iparnya, Romaan.

Polis turut menahan suaminya yang dikatakan sebagai tertuduh utama terlibat dalam kejadian ini.

Sementara itu, pegawai penyiasat dalam kes mengesahkan mengenai kejadian itu.

Gara-gara masak ayam tak cukup perasa, isteri parah dicampak dari tingkat 2
Polis turut menahan suami mangsa (kanan) yang dikatakan sebagai suspek utama kejadian ini.

Kenyataan daripada pegawai itu turut menyatakan bahawa mangsa dikatakan “cuba membunuh diri” selepas mengalami keganasan dan perselisihan rumah tangga.

Namun, pegawai penyiasat itu tidak menyatakan punca sebenar membawa kepada peristiwa ngeri itu dan langsung tidak menyebut dakwaan mengenai perselisihan yang timbul akibat isu penyediaan hidangan makanan.

Pegawai terbabit bagaimanapun menambah siasatan lanjut sedang dijalankan dengan melihat kepada pelbagai aspek dalam kejadian itu.

Pada masa sama, Ketua Menteri Punjab Pakistan, Maryam Nawaz Sharif turut berkongsi gambar memaparkan suami mangsa yang ditangkap Polis dalam kes tersebut.

Dalam hantarannya, dia juga mengesahkan bahawa wanita itu dicampak keluar jatuh dari bangunan rumahnya kerana tidak menghidangkan “makanan berkualiti”.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*