{VIDEO} “Tak puas hati kena tegur…” Lelaki mengamuk bersama parang

“Tak puas hati kena tegur…” Lelaki mengamuk bersama parang.

Baru-baru ini, tular akan sebuah video yang memaparkan seorang lelaki dipercayai mengamuk menggunakan parang susulan ditegur membina reban itik di kawasan perumahan di Taman Permatang Badak Maju, Kuantan.

Dalam video yang dimuat naik oleh pengguna Facebook dikenali sebagai ZH Malaya itu memaparkan lelaki bersama parang itu datang ke kawasan rumahnnya sambil menetak tong sampah berserta papan tanda jalan dipercayai sebagai amaran.

Difahamkan, sebelum ini menegur penternak itik yang membina reban itik di hadapan taman perumahan hingga menimbulkan bau yang tidak selesa.


Salin

Bukan itu sahaja, dalam video yang dimuat naik itu juga dapat didengari muzik yang kuat datang dari kawasan tersebut yang pastinya turut mengganggu orang sekeliling.

Pelbagai reaksi yang ditinggalkan oleh warganet berhubung perkara itu. Rata-rata mereka berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan.

Namun, ada juga yang menyarakan agar pengadu berpindah ke tempat lain.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*