KECOH gerakan Blockout 2024 dalam media sosial! Itu tidak dinafikan dan memang selayaknya ada kempen sebegitu.
Cuma, nak tahu apa yang paling tidak layak diproses otak manusia dewasa yang sesungguhnya waras, termasuk penulis adalah kenyataan, entah gurauan kebodohan tidak berselindung seorang penyanyi yang sanggup bertanyakan siapa Rafah, ‘who’s that?’ katanya. Sungguh ‘biadab’ kedangkalan itu.
Berita berkaitan : “Tak cakna, hanyut dengan dunia hiburan… Ning Baizura dikecam hebat selepas buka pekong sendiri tidak tahu maksud Rafah
Nasihat untuk orang sebegitu, silalah pergi jadi artis di negeri pasir berdengung
Kempen Blockout 2024 bermula selepas petisyen digital pro-Palestin itu tercetus sejak Met Gala, yang merupakan sebuah festival atau majlis gala pengumpulan dana tahunan diadakan untuk manfaat Muzium Seni Metropolitan di New York City, Amerika Syarikat, pada tahun ini berlangsung tanggal 6 Mei 2024.
Kempen berkenaan lantang mengecam selebriti tersohor Hollywood yang menyertai majlis mewah tersebut termasuk Zendaya, Kim Kardashian, Jennifer Lopez dan ramai lagi kerana sanggup terbabit dengan acara yang disamakan seperti plot filem Hunger Games (yang memaparkan penindasan rakyat golongan marhaen oleh masyarakat bertaraf tinggi), selain mengambil sikap tidak peduli terhadap nasib penduduk Palestin angkara genosid tentera Zionis Israel sejak 7 Oktober 2023.
Usaha melancarkan hashtag #Blockout2024 itu bertujuan untuk menghentikan sokongan terhadap ratusan artis yang membisu dan tergamak menjadi duta produk Israel yang dimulai dengan Hollywood, namun kini merebak pula ke Malaysia.
Turut baca :
Leave a Reply