Pilu !!! “Mami kan baik…” Sekarang saya dah takde ibu.. Anak persoal kenapa tembak ibu

Pilu !!! “Mami kan baik….” Sekarang saya dah takde ibu.. Anak persoal kenapa tembak ibu.

Rintihan sayu anak sulung yang kehilangan seorang ibu sangat memilukan ketika dia tercari-cari punca kematian ibu kesayangannya.

Mohamad Mustaqim Darwish Mustafa, 10 merupakan anak mangsa bunuh Farrah Emirah Mazlan, 26, wanita mengandung yang ditemukan mati dengan kesan tembakan di perut dalam sebuah kereta diparkir di tepi jalan di Kampung Repek, Pasir Mas, Kelantan.

“Sekarang saya dah tiada mami (ibu), saya sangat sedih lagi pun adik masih kecil.”

“Saya tak tahu kenapa ‘orang itu’ boleh tembak mami yang sangat saya sayang, lagipun mami orang baik.”

Pilu !!! "Mami kan baik..." Sekarang saya dah takde ibu.. Anak persoal kenapa tembak ibu

Akui sangat terkejut dengan pemergian ibu tersayang, Mustaqim yang merupakan abang sulong kepada tiga beradik sangat sayu namun bersyukur mendapat sokongan penuh keluarga termasuk moyang, Zawiah Sulong, 68.

“Saya hanya tahu mami meninggal dunia selepas dibawa ke lokasi kejadian petang semalam, saya lihat ibu kaku di sebalik tingkap kereta.

“Kali terakhir kami berjumpa Jumaat malam lalu sebelum mami keluar, malah saya sempat mengirim nasi goreng untuk dimakan jika dia pulang, namun tidak kesampaian.”

Mustaqim ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bechah Kelubi, Chetok ketika pengebumian arwah ibunya.

Pilu !!! "Mami kan baik..." Sekarang saya dah takde ibu.. Anak persoal kenapa tembak ibu

Menurut Harian Metro, ibu mangsa, Siti Haja Said, 47, tidak menyangka anak sulong daripada tujuh beradik itu ‘pergi’ dengan cara sebegitu..

“Tak sangka perbualan melalui telefon pada tengah hari Jumaat lalu rupa-rupanya adalah perbualan terakhir kami berdua.”

“Walaupun arwah dipelihara ibu mentua sejak kecil, namun kami sentiasa berhubung dan dia turut berkongsi kegembiraan perkembangan bayi dalam kandungannya.”

“Saya terima dengan reda namun berharap agar polis dapat mencari pembunuh dengan segera serta memberinya hukuman setimpal.”

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*