{VIDEO} “Selamba tak pakai topi keledar…” Wanita hadap abam polis sambil cekak pinggang

“Selamba tak pakai topi keledar…” Wanita hadap abam polis sambil cekak pinggang

Seperti yang sedia maklum bahawa topi keledar perlu dipakai bagi penunggang yang menunggang motosikal tidak kira sama ada di jalan raya atau sebaliknya. Tujuannya sudah tentu ingin menyelamatkan bahagian kepada sekiranya berlaku kemalangan.

Walau bagaimanapun, segelintir sikap penunggang motorsikal lebih selesa untuk tidak mengenakan topi keledar terutama mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.

{VIDEO} "Selamba tak pakai topi keledar..." Wanita hadap abam polis sambil cekak pinggang

Seperti video yang dimuat naik oleh TikTok UtusanTV ini apabila memaparkan seorang penunggang motosikal wanita yang tidak memakai topi keledar ketika menunggang motorsikalnya.

Bukan itu sahaja, gelagat wanita itu menjadi perhatian ramai selepas terdapat polis dihadapannya ketika dia sedang berhenti menunggu lampu isyarat.

Dalam video tersebut, dapat dilihat wanita berkenaan terlihat tenang malah siap bercekak pinggang sementara menunggu lampu isyarat berubah warna.

Pelbagai reaksi yang ditinggalkan oleh warganet berhubung gelagat wanita berkenaan.

Malah, mereka turut berseloroh bahawa wanita itu telah bersedia untuk bersemuka dengan anggota polis tersebut.

Turut baca

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*