Gara-gara buat tuntutan palsu, Penyelia Rela dipenjara 14 hari, denda RM10,000

Gara-gara buat tuntutan palsu, Penyelia Rela dipenjara 14 hari, denda RM10,000.

Seorang penyelia Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dipenjara 14 hari dan didenda RM10,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat tuntutan palsu penugasan seorang anggota Rela berjumlah RM960 pada Disember tahun lalu.

Gara-gara buat tuntutan palsu, Penyelia Rela dipenjara 14 hari, denda RM10,000
S Vijaiyan, 56, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban atas pertuduhan membuat tuntutan penugasan palsu

Hakim Rushan Lutfi Mohamed menjatuhkan hukan itu ke atas tertuduh, S. Vijaiyan, 56, yang membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Turut baca

Sekiranya gagal membayar denda, tertuduh boleh dipenjara lima bulan dan hukuman penjara 14 hari bermula dari tarikh jatuh hukum.

Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai penyelia telah menggunakan dengan niat untuk memperdayakan prinsipal kamu, suatu dokumen iaitu Borang Tuntutan Elaun Penugasan Rela bagi penugasan di sebuah pusat kuarantin Covid-19 atas nama seorang anggota Rela wanita berjumlah RM960 bagi bulan November 2021.

Pemohon dikatakan hadir bertugas di pusat kuarantin itu pada tarikh dan masa yang dicatatkan pada borang tuntutan, walhal tertuduh tahu sebenarnya pemohon tidak hadir bertugas pada tarikh dan masa yang dicatatkan tersebut, yang mana pada pengetahuan kamu dimaksudkan untuk mengelirukan prisipal kamu iaitu Rela Negeri Sembilan.

Kesalahan itu dilakukan di pejabat Rela daerah Seremban pada bulan Disember 2021.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta yang sama.

Dalam pada itu, mahkamah telah melepas dan membebaskan tertuduh bagi enam pertuduhan lain di bawah Seksyen 171A Kanun Prosedur Jenayah, selepas mengambil kira pengakuan bersalah serta persetujuan pihak pendakwaan dan tertuduh untuk mengguna pakai TIC (Take Into Consideration).

Ketika prosiding kes, peguam, R. Subash yang mewakili tertuduh memohon hukuman paling minimum dikenakan ke atas anak guamnya yang perlu menanggung seorang isteri dan 12 anak.

“Tertuduh mengaku bersalah pada prosiding hari ini dan ini menjimatkan masa mahkamah, malah ketika siasatan dijalankan SPRM, tertuduh memberikan kerjasama penuh.

“Tertuduh sudah berkhidmat dengan Rela selama 16 tahun dan mempunyai rekod yang cemerlang. Ini kesalahan pertamanya jadi pihak pembelaan merayu satu hukuman penjara paling minimum,” katanya.

Pihak pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*