Pemilik bengkel maut ditembak di Kelantan

Seorang pemilik bengkel ditemukan maut selepas dipercayai terkena beberapa das tembakan yang dilepaskan oleh sekumpulan lelaki yang menaiki dua buah kereta dalam kejadian di hadapan sebuah premis alat ganti kenderaan di Kampung Hutan Kuin di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, mangsa, Mohd. Faiz Zahari, 37, meninggal dunia di tempat duduk pemandu sebuah trak pikap jenis Mitsubishi Triton.

Pemilik bengkel maut ditembak di Kelantan

Saksi kejadian, Mohd. Zulkarnain Abdullah, 27, berkata dia menyedari kejadian itu selepas terdengar tiga das tembakan secara berturut-turut.

Menurutnya, ketika itu, dia berada di dalam kedai runcitnya yang terletak beberapa meter dari lokasi kejadian.

“Saya terus bergegas keluar dan mendapati dua buah kereta memecut laju selepas bunyi tembakan itu.

“Saya keluar dari kedai dan menjenguk ke dalam Mitsubishi Triton itu sebelum mendapati seorang lelaki berlumuran darah dan sudah tidak sedarkan diri,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Zulkarnain memberitahu, orang awam yang menyedari kejadian itu terus menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, bapa saudara mangsa, Zuki Ibrahim, 38, berkata, dia mengetahui kejadian tersebut selepas dihubungi oleh isteri lelaki terbabit yang memaklumkan Mohd. Faiz meninggal dunia.

“Kali terakhir saya bercakap dengan mangsa kira-kira sebulan lalu ketika berurusan menjual trak pikap Mitsubishi Triton kepadanya.

“Difahamkan, arwah datang ke sebuah premis untuk membeli alat ganti kerana dia memiliki bengkel kereta di Pasir Puteh,” ujarnya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*