Sebuah rakaman video seorang lelaki menyanyikan lagu Tiara versi ‘P. Ramlee’ tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.
Rata-rata orang ramai memuji kemampuan lelaki berkenaan mendedangkan lagu itu mirip suara Seniman Agung Legenda Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
Lagu Tiara versi ‘P. Ramlee’ itu malah dikatakan jauh lebih menarik berbanding ia dinyanyikan oleh seorang penyanyi Indonesia baru-baru ini.
Pemilik akaun Facebook Idham Clear berpendapat suara lelaki yang menyanyikan lagu Tiara versi ‘P. Ramlee itu sebagai padu.
Manakala bagi Suhardy, nyanyian semula lagu Tiara ala ‘P. Ramlee’ bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan oleh mana-mana individu.
Lagu Tiara ciptaan Datuk M. Nasir yang didendangkan oleh kumpulan rock era 80–an, Kris kembali mendapat perhatian sejak beberapa minggu lalu.
Ia selepas penyanyi popular dari Indonesia, Raffa Affar mendedangkan semula lagu itu dengan versinya sendiri menerima kritikan rakyat Malaysia.
Cara dendangan penyanyi dari Indonesia itu dikatakan telah merosakkan melodi dan keaslian lagu berkenaan.
Turut baca
Leave a Reply