{VIDEO} Sambil menangis panggil “Yaba, Salma, Said,” bapa cari anak diruntuhan selepas dibom meruntun jiwa

Yaba, Salma, Said,” berkali-kali tiga nama kanak-kanak Palestin itu dipanggil bapanya sambil menangis tatkala lelaki tersebut mencari mereka di sekitar runtuhan selepas dibom rejim Zionis Israel.

Video tersebut tular di media sosial selepas dimuat naik seorang lelaki dikenali sebagai Yosef Safie seterusnya dikongsikan oleh orang ramai sekali gus meruntun jiwa pengguna yang lain.

Lelaki itu berjalan ke persekitaran runtuhan iaitu di Kem Al Burij, Gaza sambil memanggil Yaba, Salma dan Said, namun tiada sebarang sahutan daripada mereka daripada runtuhan tersebut.

Dalam pada itu, terdapat video lain mengenai situasi bapa tersebut dan lelaki itu memberitahu, dia mempunyai empat anak dan tidak menemui kesemua mereka.

Sambil menangis, dia menyebut-nyebut ‘ya Allah’, manakala seorang individu yang menemuinya kemudian mendoakan lelaki itu bersabar dan memberitahu anak-anaknya dimasukkan ke syurga.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersimpati dengan lelaki tersebut dan keluarganya serta rakyat Palestin selain mendoakan agar rejim Zionis Israel menerima hukuman daripada Allah atas kekejaman mereka.

“Ya Allah, engkaulah sahaja sumber kekuatan kami dan keyakinan kami. Hilangkan kesakitan dan kesengsaraan rakyat Palestin,” kata Maria Shiraz.

“Semoga Allah membalas sebaik-baik ganjaran buat dia dan keluarganya. Macam mana nak gali kalau senjata di tangannya hanya itu (tukul),” komen Sharifah Khairani.

“Amat sedih tengok. Sesungguhnya jasad mereka tak ditemui, tapi roh mereka di syurga bersama para syuhada,” kata Zainab Abd. Manan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*