{VIDEO} “Ramai tercengang…” Geram siaran ‘live’ diganggu, wartawan lempang budak lelaki depan kamera

Siapa sahaja pasti akan teruja apabila diberi kesempatan untuk bersiaran di kaca televisyen.

Lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru pertama kali ingin merasai pengalaman bermakna itu.

Namun, keterujaan itu boleh jadi satu musibah, sepertimana yang menimpa seorang budak lelaki.

Menerusi video berdurasi 5 saat itu, memaparkan situasi sedikit kecoh sewaktu seorang wartawan wanita sedang membuat liputan secara ‘live’.

Bukan sahaja suasana bising, gerak geri mereka juga telah mengganggu pandangan wartawan berkenaan.

Disebabkan kejadian itu,dia kemudian menampar seorang budak lelaki yang mencetuskan masalah tersebut.

Perbuatannya yang spontan itu juga membuatkan orang ramai yang turut berada di situ tergamam seketika.

Namun, tidak dapat dipastikan kejadian selepas itu kerana video tersebut telah dipendekkan.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*