{VIDEO} “Tergerak hati pandang ke langit…” Siti Nurhaliza kongsi cerita temui Lailatul Qadar & Malaikat

Baru-baru ini, tular satu video di platform Facebook memaparkan penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza dikatakan melihat satu perkara yang menakjubkan di tanah suci Mekah.

Video rakaman terbabit difahamkan telah diterbit beberapa tahun yang lalu, namun ia dimuat naik semula oleh pengguna media sosial terbabit.

 

Di dalam rakaman itu, Siti Nurhaliza memberitahu kepada ustaz Don Daniyal di dalam sebuah rancangan bual bicara TV Al-Hijrah.

Melalui bual bicara penyanyi terbabit bersama ustaz Don, Siti berkongsi cerita bahawa dirinya berdoa kepada Allah S.W.T di tanah suci untuk ditunjukkan Lailatul Qadar serta bertemu dengan malaikat dan beliau mendedahkan hajatnya telah dimakbulkan.

Saya tak tahu apa yang tergerak hati saya untuk pandang ke langit dan di situ lah saya lihat. Saya dapat tengok apa yang saya minta tu Allah tunjukkan.

Netizen kebanyakkannya tidak terlalu mempercayai apa yang diperkatakan oleh penyanyi terbabit kerana mereka merasakan ia bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilihat.

Sehingga kini, video terbabit telah meraih lebih 900,000 tontonan daripada warganet.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*