{VIDEO} “Oi bangun, blah… Satu famili terperanjat, tetamu misteri selamba lena atas sofa rumah

SATU keluarga digemparkan dengan tindakan seorang lelaki tidak dikenali dikesan tidur di sofa mereka yang diletakkan di kawasan parkir hadapan rumah pada waktu malam.

Difahamkan kejadian itu berlaku di Kampung Batu 8 Seri Makmur dekat Kuala Kurau di Kerian, Perak pada Isnin.

Melalui satu video tular yang dirakam salah seorang ahli keluarga tersebut memaparkan individu berkenaan tidur dalam keadaan lena.

Pada masa sama, kelihatan seorang lelaki yang juga pemilik rumah tersebut dilihat cuba mengejutkan lelaki berkenaan.

“Oi bangun, blah (keluar). Ini rumah orang. Kau duduk mana? Ini rumah orang. Kau balik,” kata pemilik rumah tersebut.

Lelaki dipercayai warga asing berkenaan bangun dalam keadaan mamai dan tidak menjawab soalan yang diajukan oleh pemilik rumah.

Dia kemudiannya dilihat bangun dan meninggalkan rumah itu tanpa meminta maaf kepada tuan rumah.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*