{VIDEO} “Mungkin panik kot…” Usaha bantu ‘member’ dipuji, tapi cara padam api pula jadi bualan

“Mungkin panik kot…” Usaha bantu ‘member’ dipuji, tapi cara padam api pula jadi bualan.  Tindakan beberapa orang pemuda memadam kebakaran motosikal di tengah lebuhraya dihujani pelbagai respon daripada warganet.

Bukan setakat pujian, mereka juga menjadi bualan ramai susulan melihat cara masing-masing berusaha memadam api yang makin marak.

Detik kejadian dapat dilihat menerusi perkongsian portal Ehailing.fm di laman Facebook.

Dalam video berdurasi 23 saat itu, memaparkan gelagat beberapa orang pemuda mengipas api yang ‘menjilat’ keseluruhan bahagian motosikal tersebut menggunakan dahan pokok yang dipenuhi dengan dedaun.

Meskipun usaha tersebut tidak berhasil, namun mereka tetap dengan cara itu sehingga membuatkan warganet hilang kata mengenangkan tindakan tersebut.

Lebih mengundang simpati, kesemua yang berada di situ kelihatannya tidak mengetahui ilmu asas mengawal keadaan itu, sebaliknya lebih selesa menjadi pemerhati.

Turut baca

{VIDEO} "Mungkin panik kot..." Usaha bantu 'member' dipuji, tapi cara padam api pula jadi bualan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*