“Tak berhati perut…” Video majikan pukul pekerja sehingga lebam dan luka tular

Sejak beberapa hari ini, tular di laman Facebook akan sebuah video menyaksikan tindakan kejam seorang lelaki didakwa majikan sebuah syarikat tergamak memukul pekerjanya.

Detik kejadian dapat dilihat menerusi perkongsian Seremban Page yang sekaligus meminta orang ramai untuk menyebarkannya sehingga menjadi perhatian.

Difahamkan, kes pekerja dipukul majikan di syarikat itu sudah ‘makan’ tahun, namun masih tiada sebarang tindakan dikenakan ke atas pelaku berkenaan yang disifatkan tidak berperikemanusiaan.

Berdasarkan beberapa video lain, turut kelihatan keadaan salah seorang pekerja bilamana badannya dipenuhi dengan lebam dan kesan luka akibat daripada perbuatan majikannya.

Menurut sumber diperoleh, kilang tersebut terletak di Senawang, sementara video pula dikongsi oleh individu yang ingin dirahsiakan identitinya, malah rakaman tersebut juga diambil agak jauh daripada kilang berkenaan.

Turut baca

"Tak berhati perut..." Video majikan pukul pekerja sehingga lebam dan luka tular

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*