{VIDEO} “Minta tapi tak beradab…” Bengang tak diberi duit, pengemis ‘tunjal’ kepala pelanggan

“Minta tapi tak beradab…” Bengang tak diberi duit, pengemis ‘tunjal’ kepala pelanggan.

Menjadi kebiasaan apabila berada di kedai-kedai makan akan melihat beberapa orang peminta sedekah berjalan dari satu meja ke meja.

Ada yang memberi sumbang namun ada juga yang memberi isyarat sebagai tanda menolak dengan cara yang baik.

Hal yang sama dilalui oleh seorang gadis ini apabila didatangi seorang peminta sedekah yang sudah berusia ketika sedang menjamu selera.

Dalam video yang dimuat naik di Instagram Fakta Indo itu, dapat dilihat gadis berkenaan menolak pemintaan peminta sedekah tersebut dengan baik namun tidak disangka lain pula jadinya.

Bengang tidak mendapat wang, peminta sedekah itu mengetuk kepala wanita berkenaan sebelum berlalu pergi tanpa rasa bersalah.

Perbuatan itu membuatkan wanita berkenaan terkedu malah pelanggan yang turut melihat kejadian itu juga seakan tercengang sebelum ketawa akan kejadian tersebut.

Rata-rata warganet beranggapan bahawa perbuatan peminta sedekah itu tidak beradab. Malah, mereka juga geram melihat pengemis tersebut dibiarkan berlegar-legar di kedai makan.

Turut baca

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*