Sengaja biar anak ponteng sekolah, ibu bapa berdepan tindakan

Sengaja biar anak ponteng sekolah, ibubapa berdepan tindakan.

Golongan ibu bapa yang sengaja menyebabkan anak mereka ponteng sekolah tanpa sebab yang munasabah bakal dikenakan denda.

IBU bapa yang didapati sengaja membawa anak mereka bercuti semasa penggal persekolahan akan dikenakan denda.

Lapor Mirror, pihak berkuasa United Kingdom (UK) menegaskan, langkah itu boleh digunakan untuk membendung masalah ketidakhadiran murid ke sekolah yang semakin meruncing sejak akhir-akhir ini.

Usul yang dikemukakan oleh kerajaan itu menyaksikan mana-mana ibu bapa yang gagal menghantar anak mereka ke sekolah selama lima hari berturut-turut atau lewat dalam satu penggal persekolahan atau membawa anak bercuti semasa sesi persekolahan akan dikenakan penalti.

 

Ibu bapa sering membawa anak mereka bercuti semasa bukan musim cuti sekolah bagi mengelakkan kos yang lebih tinggi dan kesesakan orang ramai.

Selain itu, kerajaan turut mencadangkan supaya pendaftaran pelajar disimpan secara elektronik, dengan Kementerian Pendidikan diberi akses kepada data daftar negara, manakala majlis tempatan boleh mengakses semua data kehadiran pelajar di semua sekolah di kawasan mereka.

Ibu bapa yang didapati sengaja membiarkan anak mereka ponteng sekolah berdepan dengan dua denda bagi setiap anak dan pendakwaan boleh dilakukan sekiranya masalah sama masih berulang.

Usul itu juga akan mengetatkan peraturan mengenai ketidakhadiran murid sekiranya sakit.

Peraturan semasa membenarkan nama murid dipadamkan daripada sistem jika mengalami masalah kesihatan sehingga menyebabkan mereka tidak dapat hadir ke sekolah.

Sementara itu, kerajaan juga mencadangkan supaya pembelajaran secara dalam talian boleh direkodkan sekiranya murid tidak dapat hadir ke sekolah.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*