{VIDEO} “Memekak jer…nak tidor pun susah…” Penduduk Bukit Jalil tak puas hati kerja pembinaan masih dijalankan lepas pukul 1 pagi

SEORANG penduduk di kawasan sekitar Bukit Jalil, Kuala Lumpur meluahkan ketidakpuasan hatinya apabila terpaksa berdepan masalah pencemaran bunyi daripada sebuah tapak pembinaan.

Difahamkan, kerja-kerja pembinaan tersebut dijalankan di hadapan Sekolah Antarabangsa Tzu Chi sehingga melepasi pukul 1 pagi.

Kejadian itu dirakam oleh penduduk berkenaan sebelum dikongsikan menerusi satu ciapan di laman X (Twitter) dengan nama pengguna @khxrvl pada Sabtu.

Pembinaan tersebut dipercayai tidak mengikut waktu prosedur yang ditetapkan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Melalui klip berdurasi 21 saat itu, individu berkenaan turut merakam aktiviti pembinaan tapak pembinaan itu, namun tidak dapat dipastikan jenis projek yang sedang dijalankan.

Dia dalam pada itu turut menggesa DBKL dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan ke atas pihak berkaitan.

“Hai DBKL, adakah sebarang aktiviti pembinaan dibenarkan sehingga pukul 1.40 pagi?

“Lokasi, di hadapan Sekolah Antarabangsa Tzu Chi.

“Panggilan sudah dibuat ke Balai Polis Bukit Jalil, tapi belum ada (sebarang) tindakan (diambil),” ciapnya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*