{VIDEO} Lepas dicerai, lelaki gila talak serang, rogol bekas, anak

GOLONGAN wanita dikatakan lebih mudah terdedah dengan serangan atau keganasan berbanding kaum Adam.

Mungkin juga atas faktor lelaki disifatkan sebagai seorang yang gagah, pantang dicabar dan suka akan sesuatu yang berunsur ganas menyebabkan berlakunya insiden-insiden yang tidak diingini.

Mengimbau kembali antara kes yang mendapat perhatian media adalah kejadian melibatkan serangan seorang lelaki terhadap bekas isteri dan anak mereka di sebuah pangsapuri di Shandong, China.

Kejadian tersebut berlaku pada Julai 2022 dan dirakam menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan, sebelum dimuat naik di media sosial.

Klip berdurasi 29 saat itu pada awalnya menunjukkan wanita berkenaan baru sahaja pulang ke rumah bersama anak perempuannya.

Sejurus pintu dibuka, seorang lelaki berkot merah tiba-tiba muncul dari tangga atas sebelum menyeret kedua-duanya masuk ke dalam rumah secara agresif.

Insiden mengerikan itu dipercayai berlaku sebulan selepas prosiding perceraian mereka dijalankan.

Menurut laporan media antarabangsa, pada 12 Julai, polis di wilayah Shandong memaklumkan, lelaki dengan nama keluarga Zhan itu ditahan selepas bekas isterinya, Jiang melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak berkuasa.

“Kira-kira pukul 10 malam, Zhan merogol Jiang ketika anak perempuan mereka sedang tidur dan kemudian melarikan diri.

“Suspek difahamkan berkeras memaksa supaya wanita tersebut mengahwininya semula.

“Wanita itu dan anak perempuannya dilaporkan selamat, sementara Zhan ditahan pada 11 Julai,” katanya.

Rakaman itu menjadi tular di China dan mendatangkan kebimbangan bukan sahaja buat rakyat di negara berkenaan, tetapi juga masyarakat dunia khususnya golongan wanita dan kanak-kanak.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*