{VIDEO} Lelaki pukul, samun wanita di lorong belakang bank

Seorang lelaki yang disyaki memukul dan dan menyamvn seorang wanita di Jalan Gaya, di sini, baru-baru ini ditahan polis semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, mangsa pekerja sebuah bank dipukul sebelum disamun berhampiran sebuah hotel Jumaat lalu.

Mangsa 50 tahun dilaporkan mengalami kecedera@n di kepal@ akibat dipvkul menggunakan kayu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris berkata, hasil siasatan awal, ketika kejadian mangsa sedang berjalan kaki untuk pergi ke tempat kerja.

Bagaimanapun, mangsa tiba-tiba didatangi seorang lelaki dan dipvkul menggunakan kayu dari arah belakang.

“Mangsa cuba mempertahankan diri namun suspek bertindak memvkul mangsa beberapa kali.

“Suspek kemudiannya menarik beg tangan milik mangsa sebelum melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, mangsa ceder@ di kepala dan badan serta mengalami kerugian kira-kira RM5,000 termasuk telefon pintar dan wang tunai.

Menurut Kalsom lagi, kejadian sempat dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian dan suspek lelaki warga asing berusia 29 tahun berjaya ditahan pada jam 2.30 pagi, semalam.

“Suspek yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah ditahan di Kampung Pondo, Pulau Gaya.

“Suspek positif dadah jenis metamphetamine dan ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, Kalsom menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati pada setiap masa dan berwaspada dengan setiap pergerakan terutamanya pada waktu malam.

“Ini kerana ia dipercayai memberi kesempatan kepada penjenayah untuk mengambil peluang di atas kelemahan mangsa.

“Elakkan juga ke tempat atau ke kawasan yang sunyi secara berseorangan bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku,” katanya.

Terdahulu, tular klip video di aplikasi WhatsApp sejak pagi tadi, memaparkan wanita dipukul sebelum beg duit mangsa dilarikan oleh seorang lelaki.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*