Tunjuk lagak buat aksi ‘drift’ hingga terbabas, pemandu ditahan polis

TINDAKAN seorang pekerja kilang yang memandu secara berbahaya dan turut melakukan aksi drift membawa padah selepas kereta tersebut hilang kawalan sebelum melanggar kenderaan lain.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, pihaknya mengesan rakaman kejadian tersebut sekitar tengah hari Rabu.

“Pemandu melakukan aksi berbahaya termasuk drift menggunakan kenderaan lumba yang diubah suai yang diubah suai.

“Namun ia kemudiannya gagal mengawal kenderaannya lalu merempuh kenderaan pacuan empat roda yang sedang diletakkan di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Shahrulanuar, siasatan mendapati kejadian terbabit berlaku kira-kira pukul 12.15 tengah malam Selasa di Jalan Desa Botani 1 di Taman Desa Botani, Batu Pahat, Johor yang merupakan kawasan awam.

Dalam pada itu, beliau berkata, polis kemudiannya berjaya mengenal pasti pemandu dan kenderaan yang terlibat dalam kejadian itu.

Beliau berkata, suspek berusia dalam lingkungan 20-an sudah ditahan dan pemeriksaan lanjut mendapati pemandu terbabit negatif dadah.

Kereta yang digunakan dalam video tular itu turut disita.

Tunjuk lagak buat aksi ‘drift’ hingga terbabas, pemandu ditahan polis
Suspek berusia dalam lingkungan 20-an telah ditahan kerana memandu secara berbahaya.

Ujarnya, suspek disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan dan akan dibawa ke mahkamah Majistret Batu Pahat pada Khamis untuk proses reman.

Jika kesalahan, suspek boleh dipenjara maksimum lima tahun dan didenda tidak lebih RM15,000.

Dalam pada itu, Shahrulanuar turut mengingatkan orang ramai termasuk penggemar sukan pemotoran supaya tidak melaksanakan ujian terhadap kenderaan mereka di jalan awam kerana perbuatan tersebut membahayakan pengguna jalan raya lain.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*