{VIDEO} “King guna produk sendiri…” Ramai terpegun, tak sabar lihat kereta polis ‘wajah baru’ beraksi

Kehebatan kereta jenis Perodua Myvi memang tidak dapat disangkal lagi sehingga tidak semena-mena mendapat gelaran ‘raja’ lebuhraya.

Bukan itu sahaja, kini kereta jenis itu dikhabarkan akan menjadi kenderaan untuk kegunaan anggota polis.

Demikian susulan tular sebuah video menyaksikan beberapa buah kenderaan tersebut dibawa oleh lori yang ketika itu sedang berhenti di tepi jalan.

Ikut teruja dengan video tersebut, ruangan komen terus dibanjiri dengan pelbagai respon warganet yang rata-ratanya sakan berseloroh tentang kehebatan ‘King’ sehingga diiktiraf menjadi sebahagian daripada kenderaan anggota polis.

Bagaimanapun, sehingga setakat ini tiada sebarang makluman dikeluarkan oleh pihak terlibat berhubung video tular.

Malah, jangkaan kereta model itu boleh mula digunakan juga masih tidak diketahui.

Turut baca

{VIDEO} "King guna produk sendiri..." Ramai terpegun, tak sabar lihat kereta polis 'wajah baru' beraksi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*