{VIDEO} Kecoh! Tak puas hati anak dikasari, bapa turun padang ‘tibai’ pemain

PERLAWANAN bola sepak Liga Komuniti Isma B-16 yang berlangsung di padang bola Arena 26, Shah Alam, Selangor pada Isnin bertukar kecoh apabila berlaku pergaduhan membabitkan pemain dan seorang bapa yang bertindak ganas ketika permainan.

Situasi itu dikatakan berpunca selepas kekasaran dilakukan pemain yang kemudiannya menyebabkan pergaduhan kecil antara kedua-dua pasukan.

Namun, individu lelaki dipercayai bapa kepada salah seorang pemain di situ kemudiannya terus menyerbu masuk ke tengah padang dan didakwa menyerang remaja berkenaan.

Lelaki terbabit didakwa gagal mengawal kemarahannya selepas melihat anaknya dikasari dalam perlawanan tersebut yang sekali gus terpaksa dihentikan akibat kejadian tersebut.

Rakaman berdurasi 16 saat itu tular di laman media dan meraih lebih 50,000 jumlah tontonan setakat ini.

Pengadil dan beberapa kru petugas perlawanan kemudiannya tampil meleraikan pergaduhan tersebut namun ia berlarutan apabila si pelaku enggan mengalah dan terus berbalah dengan pemain tersebut.

Walau bagaimanapun, isteri kepada lelaki tersebut difahamkan telah tampil membuat permohonan maaf atas kelakuan suaminya dan menggesa agar hal itu tidak dipanjangkan lagi.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku dan pihak pengurusan pasukan juga telah membuat laporan polis berhubung hal tersebut.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*