{VIDEO} Suami berlagak gengster dengan pistol depan isteri, akhirnya ini berlaku

PADAH bermain senjata api dan berlagak seperti seperti gangster, seorang lelaki hampir tertembak dirinya sendiri baru-baru ini.

Melalui satu video yang dimuat naik dalam laman media sosial X (Twitter), @crazyclipsonly pada Khamis memaparkan lelaki berkenaan sedang memegang senapang jenis Revolver sambil merakam dirinya sendiri di dalam sebuah bilik.

Walaupun tidak dinyatakan lokasi insiden itu berlaku, ia dipercayai berlaku di luar negara.

Pada masa sama, dia juga dilihat sedang menghisap barang terlarang disyaki ganja sambil menari mengikut rentak lagu.

Namun, tindakannya itu membawa padah selepas dia tertekan picu berkenaan dan hampir mengenai tangan kirinya.

Dalam video tersebut juga kelihatan seorang wanita dipercayai isteri kepada lelaki tersebut terus memarahinya.

Setakat berita ini ditulis, video tersebut telah ditonton sebanyak 22.5 juta kali.

Pada masa sama, rata-rata warga maya yang melihat video berkenaan mengecam tindakan lelaki tersebut kerana dianggap berbahaya.

Malah ada juga yang berasa video itu melucukan serta berpendapat gangster sebenar dalam rakaman berdurasi seminit itu adalah isteri kepada lelaki berkenaan.

Manakan tidak, lagak wanita itu yang terus memarahi dan memukul suaminya itu sememangnya mencuit hati netizen.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*