{VIDEO} Kecoh lelaki bakar mercun tak pakai helmet atas jalan

SEORANG lelaki ditahan polis selepas terlibat dalam satu perarakan bermotosikal yang turut membakar mercun di persimpangan lampu isyarat di Pekan Banting, Selangor pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai satu perarakan pengebumian dan membakar mercun di lokasi itu pukul 2.28 petang.

Jelas beliau, hasil maklumat membawa kepada penahanan lelaki tempatan itu di sekitar Banting, kira-kira pukul 3.30 petang hari sama.

“Suspek dipercayai menyertai perarakan bersama beberapa individu bermotosikal lain yang menahan kenderaan awam dan membakar mercun.

“Saringan air kencing suspek didapati positif amphetamine serta methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambahnya lagi, pemeriksaan mendapati lelaki berusia 28 tahun itu turut positif dadah dan memiliki rekod jenayah lampau.

“Selain itu, tiga saman berkaitan lalu lintas dikeluarkan mengikut Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Polis juga sedang giat mengesan dua lagi suspek bagi membantu siasatan dan orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan kes itu.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat diminta menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di talian 03-31872222 atau balai polis berdekatan,” katanya

Ahmad Ridhwan berkata, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*