{VIDEO} Ingatkan berebut beli baju raya, rupanya gerai peniaga bazar Jalan TAR kena sita

KECOH di bazar Aidilfitri di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di ibu negara pada Rabu selepas pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak merampas barangan peniaga yang dipercayai tidak mempunyai permit.

Tidak berpuas hati dengan tindakan itu, para peniaga mengekori sekumpulan penguatkuasa yang berjalan sambil mengangkut meja-meja peniaga.

Bukan hanya itu, turut kedengaran jeritan dan ayat-ayat maki hamun yang dikatakan keluar daripada mulut penguasaha di kawasan tersebut.

Insiden berkenaan juga sempat dirakam orang awam yang berada di lokasi kejadian sebelum dikongsikan di media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya menyuarakan pandangan yang pelbagai berhubung isu berkenaan.

“Bersihkan dulu segala aktiviti asing niaga cara tak betul sana sini, nak sangat kacau Melayu tempatan niaga cari duit untuk raya dah kenapa? Rasa tidak adil pula,” kata Herrwen Nurhati.

“Patutnya penguatkuasa lebih tegaskan dekat makhluk-makhluk yang sibuk paw duit parkir di kawasan bazar raya,” ujar Hasnuliradri.

Sementara itu, pengendali akaun dengan nama AG Hafizal beranggapan tindakan itu mungkin dibuat selepas menerima aduan daripada pihak tertentu.

“Mungkin terdapat aduan yang menyebabkan DBKL terpaksa ambil tindakan atau memang jadual kerja rutin mereka membuat rondaan semasa musim perayaan.

“Kita kenalah berfikiran positif sikit. Bukan nampak saja penguatkuasa terus maki hamun mereka.

“Kalau nak diambil tindakan pada mereka yang maki hamun pun boleh sebenarnya,” ulasnya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*