{VIDEO} ‘Kak Long kawasan’ caj RM5 untuk parkir tepi jalan kecoh

Tindakan seorang wanita warga tempatan dipercayai ulat parkir mengenakan caj parkir kenderaan di Damascus, Bukit Bintang, Kuala Lumpur mengundang persoalan ramai baru-baru ini.

Menerusi video tular di laman Twitter @nanmanjoi8715 yang dimuat naik pada Khamis memaparkan perempuan itu meminta bayaran RM5 terhadap pemandu yang meletakkan kenderaan di sekitar bahu jalan kawasan berkenaan.

Difahamkan, video tersebut dirakam oleh seorang wanita dipercayai rakan kepada pemandu kenderaan tersebut.

“Parking (parkir) tepi jalan di Damascus, Bukit Bintang dan tiba-tiba ada orang minta bayaran RM5,” katanya.

Dalam video tersebut kedengaran wanita berkenaan mengeluarkan kata-kata yang kurang enak terhadap terhadap wanita berkenaan.

“Baik saja adik duduk rumah buat kuih.

“Kalau tak nak parking (parkir) dekat sini, baik blah (keluar) dari sini,” katanya.

Bukan itu sahaja, wanita berkenaan turut mendakwa dia sudah bekerja (menjaga parkir) di kawasan tersebut lebih daripada 10 tahun.

“Kakak kerja dik, dah 10 tahun kerja kat sini. Orang di sini tak pernah ada masalah, tak pernah aku jumpa orang macam kau ini,” katanya.

Keadaan menjadi lebih tegang apabila kedua-duanya saling bergaduh mulut.

Namun, sikap pemandu yang tenang dilihat menyelamatkan keadaan.

Difahamkan, kenderaan tersebut terus beredar daripada kawasan parkir tersebut untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*