Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan kejadian seorang wanita menangkap suaminya berlaku curang ketika dia sedang makan bakso bersama anak perempuannya, lapor laman berita Suara.com.
Wanita itu menceritakan kejadian di mana dia secara tidak sengaja bertemu suaminya dan perempuan simpanan lelaki itu di sebuah kedai makan.
Dia pada awalnya ingin merakam video makan bersama anak perempuannya di kedai bakso sebelum terserempak dengan seorang rakannya sewaktu di sekolah menengah.
Turut baca
- Kecoh !! Anggota polis didakwa ambil duit dalam beg duit ditinggalkan di balai
- {VIDEO} “Masjid bukan tempat cari glamor…” Lelaki pakai songkok terlalu tinggi ke masjid dipersoal
- “Aneh lagi pelik…” Kerana mahu masuk penjara, lelaki sanggup tikam dua pelajar sekolah
Ketika merakam rakannya yang bernama Ded, dia melihat suaminya yang berbaju biru bersama seorang wanita dan kanak-kanak lelaki.
“Akhirnya suami saya sedar kehadiran saya dan anak perempuannya. Yang pastinya bebola daging bertukar pahit serta merta,” tulis wanita itu.
Biarpun menghadapi situasi tersebut, wanita itu kekal tenang dan berkata bahawa dia lebih memilih untuk membawa kes itu ke mahkamah.
Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Terbaik. Saya doakan yang terbaik untuk makcik,” kata seorang netizen.
“Risau juga dengan perasaan anak perempuannya,” komen netizen lain.
Leave a Reply