{VIDEO} “Hanya jeritan wanita kedengaran…” Lori ‘melelong’ sebelum rempuh kereta

“Hanya jeritan wanita kedengaran…” Lori ‘melelong’ sebelum rempuh kereta.

Tular satu kejadian kemalangan melibatkan sebuah lori terbabas selepas dipercayai mengalami masalah brek sebelum merempuh beberapa buah kenderaan lain di Ara Kuda, Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada Sabtu.

Menerusi rakaman video berdurasi 28 saat dari arah belakang sebuah kereta itu, beberapa kenderaan dilihat sedang berhenti di sebuah persimpangan.

Bagaimanapun, sebuah lori kemudiannya dilihat meluru laju dan bergerak melelong dari arah kiri ke kanan dipercayai kerana mengalami masalah brek.

Berdasarkan klip berkenaan, suara jeritan wanita dipercayai pemilik kenderaan itu turut didengar beberapa kali sebelum ia hilang.

Usaha menghentikan kenderaan berat itu bagaimanapun gagal apabila lori terbabit terbabas sebelum melanggar beberapa buah kenderaan di hadapannya termasuk kereta yang kameranya merakam kejadian tersebut.

Pada masa sama, kamera kenderaan itu turut didengar mengeluarkan audio menyatakan alat berkenaan berhenti daripada melakukan rakaman.

Tarikh dan hari dalam video berkenaan memaparkan ia berlaku pada Sabtu sekitar pukul 12 tengah hari.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*