Allahuakbar‼️ Lautan jemaah… Lebih 12,000 jemaah hadir Subuh, terpaksa buat dua sesi

Allahuakbar‼️ Lautan jemaah… Lebih 12,000 jemaah hadir Subuh, terpaksa buat dua sesi.

Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru menerima kehadiran lebih 12,000 jemaah dalam program Semarak Subuh Johor.

Berita tersebut telah dimaklumkan oleh masjid berkenaan menerusi satu hantaran di halaman Facebook pada 8.36 pagi ini.

Kehadiran jemaah yang terlalu ramai itu menyaksikan Solat Subuh di masjid tersebut terpaksa dilaksanakan dalam dua sesi.

Menurut pihak pengurusan masjid, situasi tersebut adalah kali pertama berlaku sepanjang sejarah penubuhan masjid berkenaan.

“Sejak penubuhan, ini adalah kali pertama solat subuh dilaksanakan dua sesi kerana terlalu ramai jemaah yang hadir,” kata hantaran tersebut.

Untuk makluman, Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato’ Onn telah siap dibina pada 2015 dan dibuka secara rasmi pada 2016.

Pada masa yang sama, Masjid Sultan Iskandar turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak-pihak yang menjayakan program ini.

Berita tersebut telah dimaklumkan oleh masjid berkenaan menerusi satu hantaran di halaman Facebook pada 8.36 pagi ini.

Kehadiran jemaah yang terlalu ramai itu menyaksikan Solat Subuh di masjid tersebut terpaksa dilaksanakan dalam dua sesi.

“Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada jemaah yang hadir, penyumbang-penyumbang dan sahabat-sahabat pempengaruh yang menjadi antara pencetus bagi program ini.”

Selain orang ramai, program Semarak Subuh Johor turut dihadiri beberapa pemimpin negeri antaranya Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani.

Turut hadir, Exco Agama Johor Tuan Haji Mohd Fared Mohd Khalid, Datuk Bandar Johor Bahru Dato’ Noorazam Dato’ Osman, Exco Kesihatan Melaka Dr. Muhamad Akmal Saleh dan dif-dif terhormat yang lain.

Pada akhir hantaran, Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato’ Onn berharap agar usaha untuk menyuburkan amalan subuh berjemaah di masjid mendapat keredaan Allah S.W.T.

“Mudah-mudahan, segala usaha kita diberkati Allah. Semoga kita semua istiqamah dalam menunaikan solat berjemaah di masjid.”

Terdahulu, kerajaan Negeri Johor melancarkan Program Semarak Subuh di setiap masjid dan surau bermula 5 Januri lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata inisiatif itu melibatkan 838 masjid dan 1,942 surau di seluruh negeri pada setiap subuh Jumaat sepanjang tahun ini.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*