{VIDEO} Gunting Jalur Gemilang, tindakan lelaki ‘misteri’ cetus amarah

Tular di laman Tiktok akan sebuah video menyaksikan tindakan seorang lelaki menggunting bendera Jalur Gemilang yang dipacak di tepi jalan.

Detik kejadian dapat dilihat menerusi perkongsian Iekakartika yang mana telahpun menjadi perhatian dan bualan ramai.

Hal itu sekaligus mengundang kemarahan ramai susulan melihat tindakan berani lelaki berkenaan yang masih belum dikenal pasti akan identitinya.

Sementara itu, sumber Harian Metro pula memaklumkan bahawa video tersebut telahpun sampai ke pengetahuan pihak polis dan pelakunya sedang dikesan.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi iaitu Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, polis bagaimanapun belum menerima laporan berhubung kejadian itu.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*