Samseng ceroboh pusat tahfiz didenda dan dipenjara 10 bulan

Samseng ceroboh pusat tahfiz didenda dan dipenjara 10 bulan.  Seramai lima orang lelaki yang terlibat dalam kes pencerobohan pusat tahfiz minggu lalu mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Siti Aisyah, hari ini.

Siti Aisyah memerintahkan kesemua tertuduh, Wan Haris Wan Ismail, 38; Zulkifli Mohd. Nasir, 27; Azraen Che Mat Noor, 43; Mohd. Amirul Afif Che Mat Noor, 29, dan Rizuwan Hazmi, 47 menjalani hukuman penjara daripada tarikh ditangkap.

Mengikut kertas pertuduhan, kelima-lima tertuduh didapati bersalah dengan niat telah melakukan pencerobohan di kawasan Pusat Tahfiz Darul Fikri Al Mahmudiah, Jalan Cheneras di sini pukul 5.10 petang, 11 Ogos lalu.

Siti Aisyah kemudian menjatuhkan hukuman 10 bulan penjara dan denda RM2,000 serta tambahan enam bulan penjara jika gagal menjelaskan denda kepada kelima-lima tertuduh.

Sementara itu, pada prosiding yang sama, tiga tertuduh, Wan Haris, Zulkifli dan Azraen didapati telah dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Muhammad Zulhafiz Mohd. Rasid, 26, yang merupakan seorang guru.

Siti Aisyah menjatuhkan hukuman kepada Wan Haris, Zulkifli dan Azraen juga terhadap Mohd. Amirul dan Rizuwan lapan bulan penjara dan denda RM1,000 atau tambahan enam bulan penjara jika gagal menjelaskan denda.

Turut baca

Samseng ceroboh pusat tahfiz didenda dan dipenjara 10 bulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*