{VIDEO} Gempar !!! Kelibat putih jelas kelihatan bergerak ditepi katil pesakit sebelum ghaib

Tular sebuah klip video memaparkan kelibat berwarna putih yang bergerak di hadapan katil pesakit di sebuah hospital di Indonesia.

Okezone kelmarin melaporkan, kelibat tersebut dirakam sistem televisyen litar tertutup (CCTV) dan dimuat naik di laman TikTok.

Ia menunjukkan kelibat putih muncul dari bahagian tepi katil pesakit sebelum bergerak ke hadapan katil yang separa ditutup oleh langsir berwarna hijau.

Kelibat putih yang jelas kelihatan itu sekali lagi bergerak ke tepi katil sebelum hilang.

Video kelibat didakwa hantu itu tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Sudah namanya hospital, tidak hairan (berlakunya situasi menyeramkan),” kata seorang pengguna media sosial.

“Itu adalah pantulan cahaya matahari yang terhasil daripada tingkap hospital tersebut,” kata netizen lain.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*