Remaja perempuan paling tinggi berfikir untuk bunuh diri

Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2022 mendedahkan terdapat trend peningkatan cubaan bunuh diri atau pemikiran melakukan tindakan itu dalam kalangan remaja terutamanya perempuan di negara ini, sejak lima tahun lalu.

Menerusi tinjauan yang dilakukan, pemikiran untuk membunuh diri itu meningkat secara mendadak pada tahun lalu iaitu sebanyak 13.1 peratus dalam kalangan mereka yang berusia 13 hingga 17 tahun berbanding tahun 2017 iaitu sekitar 10 peratus.

Selain itu, bagi cubaan bunuh diri turut menunjukkan peningkatan iaitu 9.5 peratus pada tahun lalu berbanding 6.9 peratus pada 2017.

Kuala Lumpur: Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2022 mendedahkan terdapat trend peningkatan cubaan bunuh diri atau pemikiran melakukan tindakan itu dalam kalangan remaja terutamanya perempuan di negara ini, sejak lima tahun lalu.

Menerusi tinjauan yang dilakukan, pemikiran untuk membunuh diri itu meningkat secara mendadak pada tahun lalu iaitu sebanyak 13.1 peratus dalam kalangan mereka yang berusia 13 hingga 17 tahun berbanding tahun 2017 iaitu sekitar 10 peratus.

Selain itu, bagi cubaan bunuh diri turut menunjukkan peningkatan iaitu 9.5 peratus pada tahun lalu berbanding 6.9 peratus pada 2017.

Melalui Tinjauan Kesihatan Remaja 2022 oleh Institut Kesihatan Awam (IKU) di sekolah menengah turut mendedahkan, remaja perempuan lebih tinggi mempunyai fikiran untuk membunuh diri dengan 18.5 peratus iaitu dua kali ganda daripada lelaki dengan nilai peratusan sebanyak 7.6 peratus.

Bagi cubaan membunuh diri pula, remaja perempuan turut mendapat peratusan dua kali ganda lebih tinggi iaitu 13.4 peratus berbanding 5.7 peratus dalam kalangan lelaki.

NHMS memaklumkan kebanyakan remaja yang mempunyai pemikiran atau cubaan membunuh diri ini turut mengalami kemurungan, manakala satu perempat daripada responden memaklumkan mereka berasa tertekan sekali gus menampakkan isu kesihatan mental dalam kalangan belia di negara ini sangat membimbangkan.

Data yang dikeluarkan itu juga memaklumkan kanak-kanak perempuan sebagai golongan majoriti bagi kes kemurungan di negara ini.

Selain itu, NHMS 2022 turut memaklumkan kadar penderaan fizikal di rumah sama ada secara lisan mahupun fizikal terhadap remaja di negara ini turut menunjukkan peratusan yang membimbangkan.

Menurut tinjauan, sebanyak 41 peratus responden melaporkan didera secara lisan dengan remaja perempuan paling tinggi mengalami penderaan itu iaitu sebanyak 51.8 peratus, berbanding dialami oleh remaja lelaki.

Selain itu, bagi penderaan fizikal di rumah, remaja perempuan masih mendapat peratusan yang tinggi iaitu 8.1 peratus.

Tinjauan itu turut menekankan mengenai aspek kehidupan remaja termasuk kelaziman pergaduhan atau serangan yang mereka terima.

Sekitar 16 peratus remaja dilaporkan terbabit dalam pergaduhan fizikal, dengan peratusan yang lebih tinggi dalam kalangan lelaki (18.9 peratus), serta 14.8 peratus responden melaporkan diserang secara fizikal.

Disebabkan itu, terdapat keperluan yang mendesak untuk menggalakkan persekitaran yang selamat daripada segi psikologi kepada remaja di Malaysia.

Berikutan itu NHMS berkata perlu ada kepentingan dan campur tangan yang komprehensif daripada semua pihak bagi menurunkan kadar pemikiran dan cubaan bunuh diri disebabkan faktor penderaan secara fizikal mahupun lisan yang diterima mereka ketika di rumah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*