Ustaz disyaki lakukan ‘projek songsang’ terhadap tiga pelajar tahfiz di Machang dicekup

Seorang ustaz di sebuah pusat tahfiz, di sini, dicekup selepas dipercayai meliwat tiga pelajar lelakinya sejak dua tahun lalu.

Suspek yang berusia 39 tahun itu ditahan pada 16 April lalu untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Ahmad Shafiki Hussin berkata, pihaknya menerima tiga laporan berhubung kejadian liwat melibatkan tiga pelajar tahfiz berusia 12 hingga 13 tahun kira-kira pukul 12.56 tengah malam pada 15 April lalu.

“Suspek ditahan reman tujuh hari bermula 16 hingga 22 April lepas. Lelaki itu kemudiannya disambung reman bermula Selasa lalu hingga Isnin depan,” katanya ketika dihubungi pemberita, hari ini.

Ahmad Shafiki memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana meliwat.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*