{VIDEO} “Dia cuma pandang duit…” Isteri durjana ‘kebas’ duit pampasan, tinggalkan suami terlantar lepas kemalangan

“Dia cuma pandang duit…” Isteri durjana ‘kebas’ duit pampasan, tinggalkan suami terlantar lepas kemalangan

Malang menimpa seorang suami apabila ditinggalkan isterinya selepas mengalami kecacatan akibat kemalangan beberapa bulan lalu.

Situasi itu bertambah malang apabila lelaki terbabit, Amir Haikal dikatakan turut kehilangan hampir separuh daripada wang pampasan insuransnya selepas dilarikan isterinya.

Pernah mengecapi kebahagiaan satu ketika dahulu sebagai pasangan suami isteri, namun sisa hidupnya kini hanya bergantung kepada mesin pernafasan serta kerusi roda.

Kesedihan itu dikongsikan seorang lelaki dipercayai abang kepada Amir Haikal di laman media pada Khamis.

“Masa Amir sihat kami saksi Amir dah buat terbaik untuk isteri, beri segala kemewahan yang dia mahukan.

“Tapi dia cuma pandang duit Amir sampai insurans dan pampasan kemalangan pun semua dia kebas bawa lari tak tinggal sikit pun untuk Amir.

“Susu pun dia tak bagi pada Amir…maafkan abang sebab muat naik video ini sebab abang dah tak boleh tahan, banyak sangat bersabar, semoga Amir sihat seperti sedia kala aminn,” ujarnya dalam hantaran tersebut.

Dihujani kecaman di ruangan komen, rata-rata netizen menggesa agar si isteri tampil memberikan penerangan berhubung dakwaan tersebut.

Namun, belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan pihak berkenaan setakat ini dan orang ramai diminta tidak membuat spekulasi berkaitan hal itu.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*