{VIDEO} “Dekat rumah takda air ke nak mandi?” Warga asing selamba mandi-manda di kolam air pancut KLCC dikecam

TINDAKAN seorang individu yang dipercayai warga asing bermandi-manda di kolam air pancut berhampiran pusat membeli belah Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet.

Rakaman yang dimuat naik oleh @mynewshub di laman X (dahulu dikenali sebagai Twitter) memaparkan tindakan lelaki berbabit bermain air pancut bersendirian di tengah-tengah kolam air pancut sambil menikmati permandangan indah di kawasan berkenaan.

“Dekat rumah takda air ke nak mandi?,” tulisnya.

Turut dilihat, orang ramai yang berada di sekitar tepi kolam terbabit kebingungan melihat warga asing yang bertindak tanpa segan silu itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengecam tindakan lelaki tersebut yang tidak menghormati peraturan di kawasan berkenaan.

“C*laka betullah warga asing ini. Buat macam negara sendiri perangai itu,” tulis Noraaziella.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) tolong tangkap warga asing suka sangat mandi dekat kolam air pancut KLCC,” tulis Aiman Faizal.

Sebelum ini, pada 30 April lalu, seorang pelancong wanita ditahan pihak polis selepas bertindak bermandi-manda di kolam air pancut KLCC seolah-olah berada di kolam renang.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*