{VIDEO} Geramnya! Buat bodoh lepas langgar kabel tiang elektrik, pemandu lori dikecam warganet

Tular tindakan seorang pemandu lori yang dikecam selepas melanggar wayar elektrik di kawasan Kuang, Rawang, Selangor pada Khamis.

Rakaman kamera litar tertutup yang dimuat naik menerusi media sosial menunjukkan sebuah lori yang disyaki membawa muatan melebihi had melalui kawasan berkenaan tanpa mengendahkan persekitarannya.

Turut dilihat, muatan yang dibawa lori berkenaan tersangkut pada kabel tiang elektrik sehingga menyebabkan lebih daripada dua tiang elektrik yang berada berdekatan kejadian tumbang.

 

Dalam pada itu, kejadian turut menyebabkan beberapa kepulan asap keluar daripada tiang elektrik yang berada di kiri jalan berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet geram melihat tindakan pemandu lori itu yang dilihat sama sekali tidak bertanggungjawab.

“Berlalu tanpa menghiraukan, sungguh tidak bertanggungjawab,” tulis Kamal Ariffin Mohd Yusof.

“Suka sahaja bawa muatan tinggi dan berat tanpa pengawasan yang ketat, harus dikenakan tindakkan yang tegas,” tulis CWing Wong.

“Dekat Kuang ini petang tadi, rabak wayar,” tulis Arif Aznan.

“Dan beliau (pemandu lori) meneruskan perjalanan seperti tiada apa-apa yang berlaku,” tulis Mohd Riza.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*