Gara-gara tumbuk kepala pesakit ketika pembedahan, pakar bedah digantung kerja

Gara-gara tumbuk kepala pesakit ketika pembedahan, pakar bedah digantung kerja.

Seorang pakar bedah di China digantung kerja selepas didakwa memukul kepala pesakit wanita berusia 82 tahun ketika pembedahan mata sedang dijalankan.

Insiden itu dipercayai berlaku pada 2019 di hospital oftalmologi di Guigang, China, yang dikendalikan oleh Aier China.

Keseluruhan kejadian itu dirakamkan melalui kamera pengawasan.

Video tersebut kemudiannya didedahkan di Weibo oleh Pengarah Jabatan Kecemasan Hospital Pusat Wuhan, Dr Ai Fen.
Dalam satu perkongsian, beliau mengakui hampir kehilangan penglihatan di sebelah matanya selepas menerima rawatan di hospital itu.

Bukan itu sahaja, beliau juga dikatakan terlibat dalam pertikaian undang-undang dengan Aier China, yang mengendalikan rangkaian hospital mata.

Sementara itu, video yang dikongsikan itu menunjukkan pakar bedah terbabit memukul kepala pesakit sebanyak tiga kali ketika menukar posisi.

Mangsa dilihat tersentak dan mengadu kesakitan selepas dipukul.

Kejadian itu turut disaksikan oleh seorang pembantu perubatan yang cuba menahan pesakit tersebut daripada melakukan pergerakan.

Pesakit itu dilapor mengalami lebam di dahi kiri selepas kejadian berkenaan.

Pihak berkuasa China kini sedang melakukan siasatan atas insiden terbabit.

Pakar bedah terbabit dikatakan berbuat demikian atas alasan pesakit tersebut didakwa gagal mengikut arahan.

Turut baca :

Beliau dipercayai menggerakkan kepala dan matanya sebanyak beberapa kali semasa prosedur itu dijalankan.

“Semasa operasi disebabkan ubat bius, pesakit mengalami intoleransi pembedahan dan cuba menyentuh matanya.

“Sekali disentuh, ia boleh menyebabkan jangkitan…doktor mahu mengelakkan bahaya.

“Wanita tersebut juga berdialek tempatan menyebabkan beliau tidak dapat memahami arahan pakar bedah dalam bahasa Mandarin,” ujarnya.

Bagaimanapun, anak lelaki pesakit itu dilaporkan menerima permohonan maaf dan pampasan sebanyak 500 yuan (RM325) daripada hospital.

Beliau turut menegaskan bahawa ibunya kini buta di mata kiri namun tidak menjelaskan adakah ia berpunca daripada perbuatan pakar bedah berkenaan.

Susulan penyebaran video tersebut turut menimbulkan kemarahan orang ramai.

Difahamkan, pakar bedah berkenaan digantung kerja dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan hospital terbabit dibuang kerja.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*