{VIDEO} Budak jatuh tertiarap atas jalan raya, netizen selar pemandu cuai

Naik kereta dengan anak yang masih kecil adalah benda biasa dilakukan setiap ibu ayah. Namun sedikit kecuaian boleh membahayakan nyawa.

Memiliki anak yang sedang aktif dan berakal panjang memerlukan ibu ayah sentiasa memantau setiap pergerakan, termasuklah ketika naik kereta bersama-sama. Hal ini kerana kecuaian sedikit boleh mendatangkan bahaya kepada dirinya.

Setiap perjalanan menaiki kenderaan hendaklah ibu ayah memastikan keselamatan penumpang dan mengikuti arahan yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Sebuah video telah menjadi tular di media sosial yang menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan telah terjatuh dari sebuah kereta. Lebih mengejutkan apabila kejadian berkenaan langsung tidak disedari oleh pemandu dan dia meneruskan perjalanan seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Daily Mail melaporkan detik cemas itu berlaku di persimpangan jalan raya yang sibuk di Ningbo, China.

Ia terjadi dengan begitu pantas dan dalam sekelip mata. Kanak-kanak terbabit telah terjatuh dan tertiarap di atas jalan yang dipenuhi kenderaan.

Walau bagaimanapun, mujurlah mangsa masih panjang umur. Sebilangan besar pemandu lain menyedari insiden berkenaan dan sempat menghentikan kenderaan masing-masing bagi di persimpangan lampu isyarat.

Para pemandu dilihat dengan pantas turun daripada kenderaan masing-masing untuk menyelamatkan mangsa di tengah-tengah jalan.

Dalam video itu turut memaparkan seorang lelaki bergegas keluar lalu mengangkat kanak-kanak tersebut dan membawanya ke tempat yang selamat.

Seorang saksi mengatakan, ”Saya melihat budak itu di atas jalan dan begitu bimbang tentang kereta di belakang. Jadi saya menghentikan kereta di hadapan kanak-kanak itu agar dia tidak dilanggar.”

Selepas kejadian bahaya itu, polis China mengingatkan ibu ayah agar sentiasa menggunakan kerusi keselamatan untuk kanak-kanak. Walau bagaimanapun maklumat lanjut mengenai mangsa tidak dinyatakan.

Rata-rata netizen selar tindakan pemandu yang begitu cuai semasa naik kereta dengan kanak-kanak.

Kenapa tidak diletakkan budak kecil ini di tempat duduk kanak-kanak ketika naik kereta? Jika dia terselak, tidak akan bersandar di tingkap belakang sebelah pemandu. Syukurlah dia selamat dan dikembali kepada keluarganya tanpa cedera!

Bagaimana boleh orang naik kereta ini tidak menyedari apa yang dia dilakukan. Jika saya, saya mungkin merasakan setiap gerak-geri anak apabila bersama.

Kenapa tidak diletakkan dalam kerusi keselamatan kenderaan atau sekurang-kurangnya memakai tali pinggang semasa naik kereta? Dan jika dia telah diletakkan di dalamnya, mengapa tidak memakaikannya dengan betul. Ini adalah contoh ibu ayah yang tidak bertanggungjawab. Membiarkan anak melakukan apa sahaja sehingga boleh mendatangkan bahaya.

Ini adalah akibat terlalu membiarkan anak kecil bermain dalam kenderaan yang sedang bergerak. Semua penumpang dalam kereta hendaklah duduk di kerusi. Biasanya anak kecil memang suka berdiri, ibu ayah kenalah ajar mereka tentang aspek keselamatan sejak dari bayi. Dalam hal ini, tempat duduk bayi adalah sangat penting.

Cara naik kereta dengan anak kecil, ibu ayah patut ikuti beberapa tips keselamatan ini :-

{VIDEO} Budak jatuh tertiarap atas jalan raya, netizen selar pemandu cuai

  1. Sebelum memulakan perjalanan, anda hendaklah memastikan kesemua pintu dan tingkap kereta berkunci. Hal ini kerana kebanyakan anak kecil akan suka bermain, cuba membuka pintu dan tingkap sewaktu kereta sedang bergerak
  2. Gunakan tempat duduk kanak-kanak (carseat) dan pakaikan mereka dengan tali keledar sebaik mungkin.
  3. Elakkan pasang peralatan seperti tilam udara di bahagian tempat duduk belakang ketika kenderaan bergerak. Ia adalah sangat berbahaya.
  4. Terangkan kepada anak mengenai keselamatan dalam kenderaan secara berterusan. Adalah lebih baik jika ibu ayah menjadi contoh buat anak-anak
  5. Jangan meninggalkan anak-anak bersendirian dalam kenderaan meskipun untuk masa yang singkat. Risiko kereta terkunci dari dalam dan strok haba adalah sangat tinggi dan kerap berlaku

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*