“Nak murah buat sendirilah…” Laksa Johor RM150 dicemuh ‘mahal’, anggap modal ‘ciput’ je

LUMRAH bagi peniaga, pasti mereka pernah berdepan dengan pelbagai kerenah pelanggan.

Begitu juga dengan kisah yang dikongsikan oleh pengusaha makanan homemade ini mengenai salah seorang pelanggannya yang agak ‘berkira’.

Menerusi hantaran di Facebook, pengusaha makanan tersebut berkata pelanggan berkenaan menghubunginya menerusi aplikasi WhatsApp untuk membuat tempahan laksa Johor.

Menerusi tangkap layar perbualan di WhatsApp yang dipaparkan, pelanggan berkenaan mahu membuat tempahan laksa Johor untuk 15 orang.

Bagaimanapun, selepas pengusaha makanan itu memaklumkan bahawa set sesuai untuk 15 orang berjumlah RM150, pelanggan berkenaan mempertikaikan harga yang dikenakan.

“Mahalnya… budget saya RM5 untuk seorang makan. Tak boleh ke dapat laksa Johor?

“Mahal sangat letak harga. Ikutkan berapa je modal tu kan,” demikian jawab pelanggan tersebut sebagaimana yang terpapar dalam perbualan di aplikasi WhatsApp.

Terpanggil untuk berkongsi pengalamannya di samping mahu meluahkan perasaan, pengusaha makanan tersebut tampil memberi penjelasan dalam satu hantaran di Facebook miliknya.

Menurutnya, bahan-bahan untuk menghasilkan laksa Johor ada di antaranya sukar didapati malah diperlukan dalam kuantiti yang banyak untuk mendapatkan hasil yang sempurna.

“Kadang-kadang bahan-bahan tu susah dapat. Kak Syu usaha juga cari. Nak nak daun selasih… payah nak dapat tu.

“Ikan pula memang pakai banyak. Kak Syu nak kuahnya dapat hasil pekat dan likat. Laksa Johor pakai udang kertas lagi, santan lagi,” luahnya yang membahasakan diri sebagai Kak Syu.

Antara komen warga maya terhadap perkongsian berkenaan

Tambah Kak Syu lagi, harga yang diletakkan boleh dikatakan agak murah, tambahan pula dengan situasi ketika ini di mana kebanyakan harga barang mentah melambung naik.

“Maaf sangat-sangat tau. Bukan saja letak harga mahal. RM50 tu kalau ikutkan boleh pergi sampai enam orang makan.

“Sungguh tau, kalau korang dah beli makanan Kak Syu, gerenti kau takkan tanya berapa sen modalnya.

“Nangih (nangis) lah macam ni. Dah mur mur sangat tau,” luahnya.

Hantarannya itu menjadi tular sehingga meraih 787 shares di Facebook.

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-ratanya mengecam pelanggan berkenaan yang disifatkan kedekut dan tidak mengetahui harga semasa makanan.

“Nak murah buat sendirilah. Dia tak pernah membeli barang dapur ke? Tak ambik tahu harga barang basah dan kering ke? Eiii hangat hati saya.

“Pergi buat sendiri lepas tu kira berapa modal yang keluar.

“Itu baru dia minta harga modal. Lepas tu siapa nak bayar tenaga kita? Banyak peluh yang keluar dia tak nak kira pula,” demikian antara komen netizen.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*