“Hadi ni anak yang baik, aktif, bijak…” Ibu sayu pangku jasad anak 2 tahun lemas dalam tasik

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia dua tahun ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam tasik berhampiran Masjid Universiti Teknologi Petronas (UTP), Seri Iskandar, Perak pada Sabtu.

Difahamkan, kejadian berlaku semasa keluarga mangsa menunggu waktu solat zuhur.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Iskandar dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.19 tengah hari.

"Hadi ni anak yang baik, aktif, bijak..." Ibu sayu pangku jasad anak 2 tahun lemas dalam tasik
Tasik Masjid UTP yang merupakan lokasi Hadi terjatuh dan lemas dalam kejadian pada Sabtu

“Maklumat yang diperolehi daripada keluarga dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) cuma menunjukkan kanak-kanak itu berada bersebelahan dengan tasik.

“Pasukan penyelamat di air (PPDA) yang diarahkan untuk menyelam telah menjumpai mangsa pada jarak tiga meter daripada tebing tasik pukul 4.25 petang.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Sementara itu, menerusi hantaran dimuat naik pengguna Facebook Siti Nur’ Rahmah, jenazah mangsa yang bernama Hadi Zulqarnain Muhammad Huzaifah itu sudah dibawa ke Hospital Changkat Melintang dan seterusnya ke Lumut, Perak.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika keluarga mangsa berhenti untuk menunaikan solat di Masjid UTP sebelum mendapati anaknya hilang.

"Hadi ni anak yang baik, aktif, bijak..." Ibu sayu pangku jasad anak 2 tahun lemas dalam tasik
Hadi yang meninggal dunia pada usia dua tahun

“Mereka berhenti solat di Masjid UTP, Zahra (ibu mangsa) dalam kereta bergilir nak solat kerana ada anak kecil.

“Hadi hilang ketika solat dan cari tak jumpa. Tengok semua CCTV, akhirnya (nampak) Hadi berada di kawasan tasik,” tulisnya.

Katanya, Hadi merupakan anak kedua dalam keluarganya.

“Hadi ni anak yang baik, aktif, bijak. Teringat-teringat cheeky dia. Terasa kesedihan dan beratnya hati seorang ibu,” katanya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*